Temubual Koperasi Bersama Utusan Malaysia Sempena Karnival Hari Koperasi Negara 2016

MENGENAI

KOPERASI SAHABAT MUNCUL DI DADA AKHBAR

Pengerusi Lembaga Koperasi, YBhg. Datuk Dr. A. Manaf Bin Hussin ditemubual secara eksklusif oleh Utusan Malaysia dan KOSMO pada 22hb Julai 2016 sempena Karnival Hari Koperasi Negara 2016 Peringkat Wilayah Persekutuan di Medan Tuanku, Kuala Lumpur yang berlangsung dari 21hb Julai hingga 23hb Julai 2016. Beliau turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Syukri bin Abdul Majid dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamad Zulkahizam bin Mohamad Zuldin. Temubual tersebut adalah rentetan dari kejayaan Koperasi Sahabat menerima pengiktirafan sebagai antara 10 Profil Koperasi Terbaik peringkat Wilayah Persekutuan. Berita eksklusif tersebut disiar di Utusan Malaysia pada tarikh 23hb Julai 2016.

Anugerah tersebut disampaikan semasa Karnival Hari Koperasi Negara 2016 peringkat Wilayah Persekutuan. Koperasi Sahabat juga turut menyertai karnival yang telah diadakan selama 3 hari tersebut dengan mempromosikan produk-produk keluaran anak syarikat Koperasi Sahabat sendiri iaitu produk makanan retort serta produk-produk lain. Rakan strategik Koperasi Sahabat juga dipanggil bagi memeriahkan lagi tapak gerai jualan dan pameran seperti syarikat pengeluar minyak enjin kenderaan “Aqela Lubricant” dan syarikat telekomunikasi “Red One”.

Turut memenuhi tapak gerai jualan dan pameran Koperasi Sahabat ialah barangan daripada pengeluaran milik Anggota Koperasi Sahabat yang merupakan usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia seperti produk makanan kering, kosmetik dan produk kesihatan. Gerai Koperasi Sahabat telah mendapat tumpuan dari pengunjung sepanjang 3 hari karnival tersebut berlangsung.

KERATAN AKHBAR

KERATAN AKHBAR : UTUSAN MALAYSIA 
TARIKH : 22 JULAI 2016
                                                                                                                                                                                                                  

UM