Program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Zon Timur di Jeli

MENGENAI

PROGRAM HIMPUNAN USAHAWAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA ZON TIMUR DI JELI

Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) telah menyertai Program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Zon Timur yang telah diadakan di Dataran Makan-makan, Jeli, Kelantan pada 27 November 2016 yang lalu. Program sehari ini adalah anjuran AIM Kelantan Selatan yang telah dihadiri oleh usahawan-usahawan AIM di Zon Timur iaitu usahawan dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Zon Timur telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Turut hadir dalam program ini adalah Dato’ Dr. Zubir Harun, Pengerusi Eksekutif AIM dan Datuk Dr. A. Manaf Hussin, Pengerusi Koop Sahabat merangkap Timbalan Pengerusi AIM.

Koop Sahabat telah membuka satu gerai jualan dimana produk utama diketengahkan semasa program adalah produk berasaskan makanan dari kilang Sahabat Retort, Senawang, Negeri Sembilan. Pelbagai produk retort dijual semasa karnival iaitu paste, produk sedia dimakan (RTE), nasi dan juga santan. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung. Koop sahabat turut menyumbang goodies bag kepada tetamu jemputan berupa barangan retort serta produk usahawan koperasi dari Kelantan.