Program Forum Perdana Hari Koperasi Negara 2017

MENGENAI

KERJASAMA KOOP SAHABAT BAGI PROGRAM FORUM PERDANA HARI KOPERASI NEGARA 2017

Pada 26 Ogos 2017 bersamaan 4 Zulhijjah 1438 yang lepas, Hari Koperasi Negara bagi peringkat Wilayah Persekutuan yang telah diadakan di perkarangan Medan Tuanku, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan.

Pengisian program Hari Koperasi turut dimeriahkan dengan program Forum Perdana Hari Koperasi Negara yang bertajuk “TRANFORMASI KOPERASI KE ARAH KESEJAHTERAAN”. Ia diadakan pada jam 8.00 malam dengan 3 penceramah yang hebat iaitu Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, Juara Imam Muda Musim 1, Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa, Pengacara Al-Kuliyyah TV3 serta Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman, Pengacara Tanyalah Ustaz TV9.

Koop Sahabat telah mengendali program ini bersama Pusat Pungutan Zakat MAWIP serta Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad bagi program Forum Pedana dimana Koop Sahabat telah menguruskan kehadiran peserta yang terdiri dari kalangan anggota Koop Sahabat seramai 300 orang dan turut dihadiri oleh kakitangan Koop Sahabat sendiri.

Koop Sahabat turut berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia kerana telah memberi peluang dan kepercayaan kepada Koop Sahabat bagi mengendalikan program ini serta kepada Pusat Pungutan Zakat MAWIP dan Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad yang telah bersama-sama menjayakan program tersebut.