Karnival Mega Sales 2016

MENGENAI

PENYERTAAN KOOP SAHABAT DI KARNIVAL MEGA SALES 2016 ANJURAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN (KPDNKK) DI ANGSANA MALL

Koop Sahabat telah menyertai Karnival Mega Sales 2016 yang julung kali nya diadakan di Angsana Mall, Johor Bahru di bawah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Karnival Mega Sales 2016 ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat 25 November 2016.

Koop Sahabat telah membuka satu gerai jualan dimana produk utama diketengahkan semasa program adalah produk berasaskan makanan dari kilang Sahabat Retort, Senawang, Negeri Sembilan. Pelbagai produk retort dijual semasa karnival iaitu paste, produk sedia dimakan (RTE), nasi dan juga santan. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung.

Karnival Mega Sales ini diadakan selama 5 hari bermula dari 23 November 2016 sehingga 27 November 2016. Koop Sahabat turut menerima sijil penghargaan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang turut disampaikan sendiri oleh Pengerusi Eksekutif SKM, Dato Dr. Noor Zari Bin Hamat.

Selain dari Koop Sahabat, terdapat lebih dari 20 buah koperasi dari seluruh Malaysia yang turut terlibat dalam menjayakan Karnival Mega Sales 2016.

Semoga penglibatan Koop Sahabat di dalam program Karnival Mega Sales 2016 ini memberi impak yang positif serta mengambil peluang memperkenalkan Koop Sahabat kepada umum.

SIJIL PENGHARGAAN

SIJIL PENGHARGAAN 
KARNIVAL JUALAN MEGA 2016

 Sijil Penghargaan Karnival Mega Sales 2016