Perlantikan Panel Syariah Koperasi Sahabat

 

MENGENAI

KOOP SAHABAT KOMITED DI DALAM PERLAKSANAAN PATUH SYARIAH MELALUI PERLANTIKAN PANEL SYARIAH
KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD

Pada 1 Januari 2017 yang lalu, Koop Sahabat telah melantik panel syariahnya yang terdiri daripada 3 orang individu yang berpengalaman dan mahir di dalam bidang perniagaan, pengoperasian serta undang-undang syariah.

Ia adalah selari dengan ketetapan Mesyuarat Ahli Lembaga Kali Ke-8, Bil. 5 Sesi 2015/2016 yang telah diadakan pada 29 Disember 2016 yang mana telah memutuskan untuk Koop Sahabat mempunyai panel Syariah nya sendiri selari dengan misi koperasi untuk menjana ekonomi, menyediakan keperluan dan perkhidmatan yang mematuhi syariah kepada anggota dan masyarakat dengan cemerlang serta menepari kehendak GP28 : Garis Panduan Tadbir Urus Syariah yang dikehendaki oleh SKM.

Koop Sahabat telah melantik 3 orang panel syariah bermula pada 1hb Januari 2017 dan antara tugasan Panel Syariah adalah bekerjasama dengan Ahli Lembaga bari memastikan operasi perniagaan Koop Sahabat sentiasa patuh kepada ketetapan syariah.

FOTO

panel syariah

Dato' Haji Mohd Yusof Bin Din (Tengah)
Pengarah
Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri 
Dr. Mohd Afandi Bin Mat Rani (Kanan) Pengarah
Institut Kajian Zakat & Wakaf Malaysia (IKAZ)
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
Dr. Mushaddad Bin Hasbullah (Kiri) Pensyarah Kanan
Fakulti Syariah & Undang-Undang,
Universiti Sains Islam Malaysia