Logo Koperasi

 

PENGENALAN

MAKLUMAN NAMA KOPERASI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD DITUKARKAN KEPADA KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD DAN LOGO KOOP SAHABAT YANG BAHARU
 
Bersempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-3 Koop Sahabat yang telah diadakan pada 21 Ogos 2016 yang lalu di Carlton Holiday Suite & Hotel, Shah Alam, para perwakilan telah bersetuju untuk meminda nama Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad kepada KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD. Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad ini juga akan terus dikenali sebagai Koop Sahabat.
 
Permohonan tersebut seterusnya diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui surat bertarikh 27 Disember 2016 dengan pindaan nama Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad tersebut. Nama baharu tersebut akan digunapakai di semua dokumen yang berkaitan Koop Sahabat bagi menggantikan nama sedia ada.
 
Sehubungan dengan itu, logo Koop Sahabat juga turut bertukar kepada logo baharu yang menggunapakai nama KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD.

PERAKUAN PENDAFTARAN PINDAAN

 PERAKUAN PENDAFTARAN PINDAAN KEPADA UNDANG-UNDANG KECIL

Sijil Perakuan Pindaan Undang undang

LOGO RASMI KOPERASI

 LOGO RASMI
KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
Logo Koperasi Sahabat Design3

MUAT TURUN LOGO KOPERASI (JPEG format)

 MUAT TURUN LOGO KOPERASI (PNG format)

 

DEFINISI LOGO KOPERASI

DEFINISI DAN KOD RASMI WARNA
                                                                                 LOGO KOOP SAHABAT
                                                             Logo Koperasi Sahabat Design3
 
PENGENALAN
Perkataan logo ialah singkatan bagi perkataan ‘Logogram’. Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu. Ianya berfungsi sebagai tanda pengenalan bagi syarikat, pertubuhan, kelab, persatuan, perkhidmatan dan lain-lain.
 
Logo Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad mestilah mempunyai makna yang tertentu bagi melambangkan organisasi. Logo ini akan digunakan pada kepala surat, dokumen, perjanjian, majalah, iklan, poster dan barangan bercetak yang lain. Logo juga membawa imej Koop Sahabat agar mudah dikenalpasti dan diingati.
DEFINISI
daun kuning

Jalur kuning yang menghala ke atas dan berwarna kuning mewakili Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang merupakan tonggak dan pencetus dasar kepada Koop Sahabat.

 daun merah
Jalur merah yang berada di tengah-tengah melambangkan pengurusan Koop Sahabat sebagai pelaksana dasar berada di antara AIM dan juga Sahabat AIM. Warna merah menunjukkan Koop Sahabat berani untuk mengharungi segala cabaran menggerakkan koperasi dalam meningkatkan taraf sosioekonomi anggota.
 daun biru
Jalur biru melambangkan anggota koperasi yang majoritinya adalah Sahabat AIM. Mereka merupakan punca kuasa kepada sumber dana dan pembuat dasar serta pelengkap kepada Koop Sahabat. Warna biru mencerminkan anggota koperasi yang menjadi fokus utama bagi hala tuju Koop Sahabat.
 daun kuning biru merah Ketiga-tiga jalur yang bergabung  menunjukkan kerjasama erat dan berterusan oleh AIM dan pihak pengurusan Koop Sahabat serta sahabat AIM yang kesemuanya merupakan anggota Koop Sahabat.
KOD RASMI

 kuning
Warna – Kuning
Kod – FFCC00
 kuning
Warna – Biru
Kod – 003366
 merah
Warna – Merah
Kod – CC0033
 kuning
Warna – Hitam
Kod – 000000
LOGO RASMI SEMASA PENGIKHTIRAFAN
Dibawah nama Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad dinyatakan pengiktirafan tertinggi yang diterima oleh Koop Sahabat pada masa ini iaitu ‘Profil Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2016’
                                                                                                                                                                                     Logo Koperasi Sahabat Design3
 
Logo ini adalah logo rasmi semasa Koop Sahabat yang digunapakai pada masa kini. Pengiktirafan tersebut akan diganti sekiranya Koop Sahabat memperolehi pengiktirafan terbaru yang lebih tinggi.
UKURAN LOGO
  1. Ratio ukuran logo:-  2.08 cm (panjang) X 1 cm (tinggi)
  2. Saiz logo di kepala surat rasmi Koop Sahabat : 5.6 cm X 2.7 cm
  3. Saiz logo di borang rasmi Koop Sahabat :
  • 5.6 cm X 2.8 cm; atau
  • 3 cm X 1.4 cm
  • Saiz di muka hadapan kertas kerja / fail mesyuarat rasmi Koop Sahabat : 6.5 cm X 3.1 cm
  • Lain-lain dokumen adalah mengikut kesesuaian.

Nota: Saiz logo perlulah mengikut ratio yang telah ditetapkan iaitu 2.08 cm (panjang) X 1 cm (tinggi)

KESIMPULAN
Logo merupakan salah satu elemen penting di dalam sesebuah organisasi. Setiap simbol, bentuk dan warna mempunyai pengertiannya yang tersendiri. Penggunaan logo rasmi semasa Koop Sahabat perlulah mengikut ketetapan warna dan saiz yang dinyatakan pada setiap dokumen rasmi Koop Sahabat.