Majlis Pelancaran Jualan Unit Ceylonz Suites, Raja Chulan Kuala Lumpur

KENYATAAN MEDIA

25 Oktober 2016. Pada hari ini berlangsung Majlis Pelancaran Jualan Unit Ceylonz Suites, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur bertempat di Pusat Jualan, No 25, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan.

Menurut YBhg Datuk Dr. A. Manaf Bin Hussin, Pengerusi Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koperasi Sahabat), Projek Ceylonz Suites ini merupakan kerjasama dengan syarikat pemaju Paragon Ceylon Developments Sdn Bhd iaitu anak syarikat Exsim Group of Companies.

Ceylonz Suites yang mempunyai keluasan 0.5686 ekar ini akan dibina bangunan setinggi 39 tingkat dan mempunyai 2 tingkat bawah tanah tempat letak kereta, 6 tingkat podium tempat letak kereta, 2 tingkat podium fasiliti kemudahan pejabat seperti bilik mesyuarat, bilik seminar dan lain-lain, 4 tingkat “sky” fasiliti seperti kolam renang, pusat riadah dan cafe serta 4 tingkat “pockets garden”.

Sebanyak 3 jenis unit akan dibina iaitu jenis A (578 kps) sebanyak 152 unit bermula dengan harga RM 964,140.00 , jenis B (384 kps) sebanyak 312 unit bermula dengan harga RM 640,760.00 dan jenis C (411 kps) sebanyak 78 unit bermula dengan harga RM 685,040.00 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 442 unit. Ceylonz Suites ini dijangka akan siap pada suku pertama tahun 2020.

Beliau berkata, pembangunan Ceylonz Suites ini mampu menjadi pemangkin dalam merancak dan menjana industri hartanah negara. Apa yang pasti ialah langkah ini turut memberi persaingan yang lebih luas dan lebih terbuka kepada koperasi lain untuk melabur dalam projek hartanah ini. Dengan pembangunan projek ini juga memberi ruang dan kesempatan untuk lebih banyak lagi projek pembangunan akan akan dibangunkan oleh Koperasi Sahabat dalam memacu kearah koperasi mampan dan berdaya saing menjelang 2020.

Dalam ucapan pelancaran YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar, beliau menyeru kepada semua hadirin khususnya anggota Koperasi Sahabat serta koperasi–koperasi lain yang hadir agar terus bersama-sama dengan kerajaan supaya lebih banyak lagi bentuk pembangunan yang pastinya dibawakan selepas ini melalui perancangan jangka panjang kerajaan dapat dinikmati semua pihak.

Berkenaan Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koperasi Sahabat)


Koperasi Sahabat ditubuhkan pada 30hb Ogos 2012 merupakan ekosistem kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Objektif utama penubuhan Koperasi Sahabat ini adalah untuk meningkatkan ekonomi anggota-anggotanya yang terdiri daripada sahabat dan kakitangan AIM melalui prinsip koperasi.

Bertunjangkan Visi: “Menjadi sebuah koperasi yang bertaraf dunia yang cemerlang, komited dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan anggota” serta niat murni berniaga kerana Allah melalui Misi: “Menjana ekonomi, menyediakan keperluan dan perkhidmatan yang mematuhi Syariah kepada anggota dan masyarakat dengan cemerlang dan tersenarai dalam indeks 20 koperasi terbaik di Malaysia pada tahun 2020.

Sehingga 30 September 2016, Koperasi Sahabat mempunyai bilangan anggota berjumlah 129,608 orang di seluruh Malaysia dengan dana yang terkumpul berjumlah RM 43.06 juta.

Koperasi Sahabat telah menceburi bidang perhotelan iaitu pengurusan Carlton Holiday Hotel & Suites di Shah Alam; bidang hartanah melalui pemilikan beberapa asset untuk disewakan seperti unit kedai pejabat di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah serta beberapa unit kondominium di Kuala Lumpur; bidang perniagaan pajak gadai Islam dan jualan emas melalui pembukaan Ar-Rahnu Biro Gadaian di Pasir Tumboh, Kelantan; Jerteh, Kemaman dan Gong Badak, Terengganu; bidang perniagaan perladangan melalui pemilikan syarikat kelapa sawit yang mempunyai ladang seluas 2,430 ekar iaitu Gemalai Plantation Sdn Bhd di Gua Musang, Kelantan; bidang pembungkusan makanan melalui pemilikan Sahabat Ikhtiar Retort di Senawang, Negeri Sembilan dan bidang pembalakan di Pahang.

Koperasi Sahabat telah disenaraikan dan dianugerahkan sebagai antara 10 Profil Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2016.

“Dari Sahabat, Kepada Sahabat, Untuk Sahabat”

KERATAN AKHBAR

BERITA BERGAMBAR OLEH : BERNAMA
TARIKH : 25 OKTOBER 2016
 

PIC 1

PIC 2

PIC 3