Majlis Anugerah Penghargaan Calon Akhir Kategori Francaisi Harapan Malaysia (AR-RAHN)

MENGENAI

Banner MAF2016 900 x 382 897x382

Bersempena Malam Anugerah Francais Malaysia 2016 yang dianjurkan oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah diadakan pada 11 November 2016 (Jumaat) di Dewan Merdeka, Pusat  Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Ar-Rahnu Biro Gadaian dibawah kendalian Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koperasi Sahabat) telah mendapat satu pengiktirafan  yang cemerlang apabila disenaraikan sebagai calon akhir bagi kategori Anugerah Francaisi Harapan Malaysia terbaik.

Anugerah Francaisor Terbaik yang merupakan anugerah utama pada malam itu dimenangi oleh Revenue Valley Sdn. Bhd. (The Manhattan Fish Market) manakala Anugerah Francaisi Malaysia Terbaik pula dimenangi oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (Ar-Rahn). Sementara itu, Top Notch Establishment Sdn. Bhd. (Mcdonald’s) telah menerima Anugerah Francaisi Harapan Antarabangsa Terbaik dan Nutrafood Resources Sdn. Bhd. (The Manhattan Fish Market) pula telah menerima Anugerah Francaisi Harapan Malaysia terbaik.

Ar-Rahn merupakan perkhidmatan pembiayaan bercagar emas (sistem pajak gadai islam) yang telah diperkenalkan sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional yang mana bertujuan untuk menghapuskan riba dan gharar.

Koperasi Sahabat memulakan operasi cawangan pertama Ar-Rahnu Biro Gadaian di Cawangan Pasir Tumboh, Kelantan pada 23 Mac 2014, Sejak itu, Ar-Rahnu Biro Gadaian telah semakin berkembang dengan pembukaan 3 lagi cawangan iaitu di Jerteh, Gong Badak dan Kemaman di Terengganu. Sebanyak 4 lagi cawangan baru akan dibukan menjelang tahun 2017 iaitu di Triang dan Mentakab di Pahang serta di Kuala Selangor dan Klang di Selangor.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada Koperasi Sahabat untuk terus melakar kejayaan dalam mencapai wawasan 20 koperasi terbaik Malaysia menjelang tahun 2020.

SIJIL PENGHARGAAN

SIJIL PENGHARGAAN ANUGERAH CALON AKHIR
KATEGORI FRANCAISI HARAPAN MALAYSIA TERBAIK (AR-RAHN)
 

Sijil Pengikhtirafan Francaisi Harapan