Anggota Koperasi

MENGENAI KEANGGOTAAN KOPERASI

Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh) dan syer minimum RM100 (Ringgit Malaysia : Seratus) Menurut seksyen 28 Akta dan mendapat Kelulusan Lembaga Koperasi dan mematuhi Perkara 15 Undang-undang Kecil Koperasi : Penerimaan Menjadi Anggota

KEANGGOTAAN KOPERASI INI TERBUKA KEPADA:-
 
  1. Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia;
  2. Kakitangan-kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia;
  3. Kakitangan-kakitangan dan Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia yang sudah bersara yang sudah menjadi anggota sebelum bersara;
  4. Sahabat-sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia;
  5. Bekas-bekas sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang sudah menjadi anggota sebelum keluar dari Amanah Ikhtiar Malaysia; dan 
  6. Kakitangan Koperasi Sahabat.

KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA
 
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur 18 Tahun dan ke atas;
  3. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
  4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
MAKLUMAT KEANGGOTAAN TERKINI
LAPORAN ANGGOTA KESELURUHAN YANG TELAH DISAHKAN OLEH JAWATANKUASA KEANGGOTAAN SEHINGGA 31 JULAI 2015
KOPERASI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
 
 STATUS ANGGOTA JUMLAH ANGGOTA 
 JUMLAH ANGGOTA (31/01/2014)  130,363
 JUMLAH ANGGOTA (01/01/2015 - 28/02/2015)  18
 JUMLAH ANGGOTA (01/03/2015 - 31/07/2015)  1,068
JUMLAH KESELURUHAN 131,449