AKTIVITI : 8 FEBRUARI 2018

MAJLIS PERASMIAN AR-RAHNU BIRO GADAIAN CAWANGAN TELUK INTAN DAN MANJUNG

Pada 08 Februari 2018 bersamaan 22 Jamadiawal 1439H, sejarah Koop Sahabat sekali lagi tercipta apabila 2 lagi cawangan Ar-rahnu Biro Gadaian telah dibuka iaitu bagi cawangan Teluk Intan dan Manjung.

Majlis telah dihadiri dan dirasmikan oleh Encik Meor Mohamad Sharifuddin Bin Meor Yahya, Timbalan Pengarah SKM Perak dan Ahli Lembaga Koperasi Koop Sahabat, Puan Saidatul Bt Shaari serta Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif Koop Sahabat, Encik Mohamad Zulkahizam Bin Mohamad Zuldin.

Majlis perasmian diadakan 2 sesi yang bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di S-24-G, Tingkat Bawah, Pusat Komersial Sentral Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan bagi cawangan Teluk Intan dan majlis diteruskan pada jam 3.00 petang di No.21A, Persiaran PM 3/2, Pusat Bandar Seri Manjung, Seksyen 3, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan bagi cawangan Manjung.

Koop Sahabat amat berbangga dengan pencapaian dan usaha semua pihak kerana telah berjaya membuka cawangan Teluk Intan dan Manjung ini dan telah menjadi cawangan yang ke 9, 10 Ar-Rahnu Biro Gadaian.

bat serta permasalahan dapat diselesaikan hasil daripada pembentangan dari setiap jabatan Koop Sahabat.