AKTIVITI : 29 SEPTEMBER 2017

PROGRAM RETREAT PENGURUSAN KOOP SAHABAT 2017

Pada 29 September 2017 bersamaan 8 Muharram 1439 yang lepas, Koop Sahabat telah mengadakan satu program Re-treat di peringkat pengurusan Koop Sahabat selama dua hari yang berlangsung di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pengisian program turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Koop Sahabat iaitu En. Mohd Syukri bin Abdul Majid dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Koop Sahabat, En. Mohamad Zulkahnizam bin Mohamad Zuldin serta barisan setiap Ketua Jabatan dan kakitangan Koop Sahabat.

Tujuan program ini diadakan adalah membincangkan hasil penemuan Audit oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang bermula penghujung tahun 2016 sehingga bulan Mei 2017. Tentatif program diisi dengan perbincangan berkumpulan berkenaan Mengatasi Permasalahan Flame T, Hala tuju dan perancangan setiap jabatan bagi tempoh 3 tahun akan dating serta Risiko Jika Tidak Mengambil Tindakan Sewajarnya Oleh Pihak Pengurusan.

Dengan itu, program Re-treat telah memberi sedikit sebanyak perubahan dan penambahbaikan dari segi pengurusan Koop Sahabat serta permasalahan dapat diselesaikan hasil daripada pembentangan dari setiap jabatan Koop Sahabat.