AKTIVITI : 11 SEPTEMBER 2017

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANGTAHUN KE-4 CARLTON HOTEL 

Pada 11 September 2017 bersamaan 20 Zulhijjah 1438, Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat telah berlangsung sempena ulangtahun Carlton Holiday Hotel & Suites ke-4 dibawah pengendalian Koop Sahabat bermula pada tahun 2013 sehingga kini.

Jutaan terima kasih kepada tetamu yang hadir iaitu YBhg Dato Dr Zubir bin Harun (Pengerusi Carlton Holiday Hotel & Suites), YBhg Datuk Dr A Manaf bin Hussin (Pengerusi Koop Sahabat), YBhg Dato Hj Mohamad Shahaimi bin Othman (Setiausaha Koop Sahabat), barisan Ahli-ahli Lembaga dan Pengurusan Koop Sahabat, Pengurus Hotel iaitu En.Izy Shah serta warga kerja hotel.

Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat telah dipimpin oleh tetamu jemputan khas daripada MAPIM iaitu Cikgu Azmin bin Abdul Halim dimana majlis dimulai dengan Solat Maghrib dan Isyak berjemaah dan seterusnya majlis bacaan yaasin dan doa selamat. Majlis diakhiri dengan majlis makan malam yang istimewa daripada pihak Carlton Holiday Hotel & Suites dan diserikan dengan Majlis memotong pulut kuning.

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Carlton Holiday Hotel & Suites kerana telah bertungkus lumus dalam pengurusan bagi memastikan kualiti kerja serta servis dalam keadaan yang baik setaraf dengan hotel-hotel yang lain. Semoga Carlton Holiday Hotel & Suites dan Koop Sahabat terus berkembang maju.