AKTIVITI : 03 OGOS 2016

 SAMBUTAN AIDILFITRI KOPERASI SAHABAT PADA 03 OGOS 2016

Pada 3 Ogos 2016 bersamaan 29 Syawal 1437H yang lalu, Koperasi Sahabat telah mengadakan jamuan Sambutan Aidilfitri Koperasi Sahabat. Sambutan ini diadakan di perkarangan pejabat tingkat 2 Koperasi Sahabat. Sambutan ini bermula dari jam 11 pagi sehingga 3 petang.

Sambutan Aidilfitri ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Dr. A. Manaf Hussin, Pengerusi Koperasi, YBhg. Dato' Haji Mohd Shahaimi Othman, Setiausaha Koperasi dan YBhg Datuk Haji Yusoff HM Haniff, Bendahari Koperasi serta En. Ya'acob Omar, Ahli Lembaga Koperasi.

Majlis ini turut dimeriahkan oleh Pengarah-pengarah dan Ketua Jabatan dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), AIM Sdn Bhd serta AIM Solution. Kakitangan AIM dari Ibu Pejabat serta Wilayah KL/ Selangor juga turut di majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah ini.