Jabatan Audit Dalaman Dan Pematuhan Syariah

PENGENALAN

PENGENALAN KEPADA AUDIT DALAMAN
Keberkesanan dan kecekapan dalam menguruskan sesuatu Jabatan merupakan satu komponen penting untuk meningkatkan produktiviti dan Pelaksanaan tadbir urus yang berkesan akan memastikan Koperasi diurus secara telus dan berhemah. Tadbir urus adalah proses dan struktur pentadbiran dan pengurusan perniagaan sesuatu organisasi bagi meningkatkan prestasi perniagaan serta akauntabiliti korporat. Salah satu prinsip tadbir urus yang baik adalah kebertanggungjawaban dan pengauditan. Pelaksanaan pengauditan yang berkesan dapat membantu Koperasi memperbaiki dan meningkatkan sistem kawalan dalaman ke arah mencapai objektif serta matlamat penubuhan Koperasi.
PENGENALAN KEPADA PEMATUHAN SYARIAH
Unit Pematuhan Syariah menjalankan fungsi-fungsi Sekretariat Syariah, Kawalan Pengurusan Risiko Syariah, Audit dan Pematuhan Syariah serta melaporkan terus kepada Jawatankuasa Kawal Selia dan Jawatankuasa Panel Syariah. Selain itu, unit ini memberikan perkhidmatan agama bagi mewujudkan suasana patuh syariah dan memberikan kesedaran kepada kakitangan berkaitan konsep Patuh Syariah. Unit Pematuhan Syariah membantu pengurusan Koperasi dalam mencapai matlamatnya dengan menilai serta melaksanakan :-
 
a. Kawalan dalaman yang mencukupi dan berkesan terhadap sistem dan prosedur kerja Koperasi bagi tujuan pematuhan Syariah;
b. Pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan arahan yang dikuatkuasakan; dan
c. Struktur dan sistem tadbir urus Syariah yang cekap dan berkesan.

 

MAKLUMAT JABATAN / UNIT

 

JABATAN AUDIT DALAMAN DAN PEMATUHAN SYARIAH
AUDIT DALAMAN 
  Nama : KOSONG
Jawatan : PEGAWAI AUDIT
No.Telefon : Ext 136
Alamat Emel :
PEMATUHAN SYARIAH 
 
Nama
:
KOSONG
Jawatan
: PEGAWAI SYARIAH
No. Telefon
:
Ext 113
Alamat Emel
:
-
 LATARBELAKANG AUDIT DALAMAN
Secara umumnya, Unit Audit Dalaman melaksanakan fungsi-fungsi audit dalam dan melaporkan terus kepada Jawatankuasa Kawal Selia dan Jawatankuasa Audit Dalaman. Oleh itu, Unit Audit Dalaman membantu Koperasi mencapai matlamatnya dengan menyumbang ke arah peningkatan tahap akauntabiliti dan tadbir urus Koperasi dengan menilai serta menentukan sama ada:


a. Wujud kawalan dalaman yang mencukupi dan berkesan terhadap sistem dan prosedur kerja Koperasi.
b. Undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa dipatuhi.
c. Wujud struktur dan sistem pengurusan pentadbiran serta kewangan yang cekap dan berkesan.

OBJEKTIF, VISI & MISI

OBJEKTIF, VISI & MISI AUDIT DALAMAN
VISI :
Menjadi entiti sokongan yang cekap dan berkesan untuk membantu Koperasi tersenarai di dalam indeks 20 Koperasi Terbaik di Malaysia pada Tahun 2020.
MISI :
Memperkukuhkan tadbir urus Koperasi melalui:
  1. Pelaksanaan pengauditan yang sistematik, professional, cekap dan berkesan.
  2. Cadangan penambahbaikan yang baik dan berkesan.
OBJEKTIF
:

Memastikan pelaksanaan kawalan dalaman serta pematuhan di dalam Koperasi berjalan lancar disamping mewujudkan kawalan dalaman yang cekap dan berkesan serta memastikan tadbir urus Koperasi dalam keadaan baik.

FUNGSI & PERANAN

FUNGSI & PERANAN AUDIT DALAMAN
1. Peranan Unit Audit Dalaman adalah untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh ditambah baik di dalam pengurusan risiko, sistem kawalan dalaman, teknologi maklumat dan komunikasi serta memastikan penyata kewangan memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi.
2.

Unit Audit Dalaman juga bertanggungjawab menjalankan fungsi audit dalaman seperti berikut: 

  1. Mengkaji integriti proses dan struktur kawalan dalaman Koperasi.
  2. Menyemak pelaksanaan kuasa dan kesahan bagi segala aktiviti Koperasi.
  3. Memeriksa rekod perakaunan dan rekod-rekod pengurusan lain yang berhubung secara langsung atau tidak langsung dengan Koperasi.
  4. Melibatkan mana-mana kakitangan yang diperlukan untuk mengemukakan atau menyerahkan apa-apa maklumat atau buku, akaun dan dokumen yang berkaitan.
  5. Mencadangkan penambahbaikan yang berterusan kepada Koperasi serta mengeluarkan Laporan Audit selepas aktiviti pengauditan dijalankan.
FUNGSI & PERANAN PEMATUHAN SYARIAH
 
  1. Menyelaras tugas-tugas Jawatankuasa Panel Syariah Koperasi Sahabat seperti urusan surat jemputan mesyuarat, minit mesyuarat serta edaran minit mesyuarat kepada Ahli Jawatankuasa.
  2. Memastikan segala urusan komunikasi di antara Pengurusan Koperasi Sahabat dan Jawatankuasa Panel Syariah berjalan lancar dan berkesan.
  3. Memberi khidmat nasihat dalam hal-hal yang melibatkan aktiviti dan operasi Koperasi Sahabat.
  4. Membantu dalam urus tadbir syariah dan memastikan produk-produk Koperasi diilaksanakan dengan ketetapan syariah.
  5. Membantu mengenalpasti risiko-risiko ketidakpatuhan yang boleh berlaku dan perlu diletakkan kawalan supaya risiko-risiko yang telah dikenalpasti dapat dielakkan.
  6. Membantu tugas-tugas berkaitan di Unit Audit Dalaman Koperasi Sahabat.