Sejarah Penubuhan Koperasi

SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
 
Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad yang juga dikenali sebagai Koperasi Sahabat telah ditubuhkan secara rasminya pada 30 Ogos 2012 dan beribu pejabat di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Penubuhan Koperasi adalah hasil dari Mesyuarat Perancangan Strategik di antara anggota Lembaga Perancangan Amanah AIM dan Pengurusan AIM pada 4 & 5 Mac 2012 telah menzahirkan dalam misinya iaitu dengan memperkasakan modal insan dan menambah kecekapan dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada sahabat melalui penubuhan Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad.
KEKUATAN KOPERASI

ANGGOTA YANG KUKUH

Anggota yang ramai sejumlah 133,843 orang di seluruh Malaysia (sehingga Disember 2015) dan sebahagian besar adalah terdiri dari usahawan.

DANA YANG KUKUH

Syer Modal mencecah RM46.38 Juta (Disember 2015).

PELABURAN YANG PELBAGAI

Pelaburan dijangka akan memberi pulangan dalam jangka masa sederhana dan panjang antara pelaburan yang telah dilaksanakan adalah perhotelan, perladangan, kilang pembungkusan makanan, pembalakan, pajak gadai Islam dan hartanah.

SOKONGAN DARIPADA AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

Mendapat sokongan padu dari Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai Penerima Anugerah Mikrokredit Islam Terbaik Dunia dan sebahagian Ahli Lembaga Pengarah AIM turut menjadi Ahli Lembaga Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Bhd.