Anugerah Profil Koperasi Terbaik 2016

MENGENAI

KOPERASI SAHABAT PENERIMA ANUGERAH
PROFIL KOPERASI TERBAIK WILAYAH PERSEKUTUAN 2016

Bersempena Hari Koperasi Negara 2016 peringkat Wilayah Persekutuan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan yang telah diadakan pada 21 hingga 23hb Julai 2016, Koperasi Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koperasi Sahabat) telah mendapat satu pengiktirafan yang cemerlang dalam kategori Profil Koperasi Terbaik peringkat Wilayah Persekutuan. Anugerah pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Koperasi Sahabat yang diiktiraf sebagai 10 koperasi terbaik di peringkat Wilayah Persekutuan berada di kedudukan tangga ke-6 yang mana ianya disifatkan sebagai kejayaan membanggakan setelah hanya tiga tahun ditubuhkan. Penarafan 10 koperasi terbaik ini dinilai dari pelbagai aspek seperti kualiti tadbir urus, prestasi kewangan, program kebajikan dan latihan kepada anggota serta aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Kini selepas tiga tahun penubuhannya, Koperasi Sahabat telah berdiri setanding dengan koperasi-koperasi besar lain yang turut menerima anugerah tersebut seperti Koperasi Ukhwah, Koperasi Tenaga Nasional Berhad, Koperasi Permodalan Felda Berhad dan lain-lain.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerja keras di dalam menjayakan misi dan visi Koperasi iaitu Ahli-ahli Lembaga Koperasi Sahabat, pihak pengurusan dan kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia, para anggota Koperasi Sahabat serta semua pihak yang sama-sama memberi sokongan kepada Koperasi Sahabat selama ini.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada Koperasi Sahabat untuk terus melakar kejayaan dalam mencapai wawasan 20 koperasi terbaik Malaysia menjelang tahun 2020.

SIJIL PENGHARGAAN

SIJIL PENGHARGAAN PROFIL KOPERASI TERBAIK 2016

A